Friday, February 6, 2009

yang terbaik

dari dulu lagi aku tahu yang Allah sayangkan aku.kerana aku juga sayangkan-Nya.peristiwa pahit dalam hidup selalunya mengajar aku agar lebih bersedia dan menerima segalanya dengan redha.kadang2 aku tertewas dengan nafsu yang menghasut.itu lumrah manusia bergelar hamba.

soal kerja-seminggu yang lalu aku bertemu dengan seorang cameraman yang konon hebat dalam kerja belakang tabir ini, namun bila ditanya antara filem yang mendapat sentuhannya, dia diam.cakap bukan main hebatnya, tapi sebenarnya zero-nothing. itulah kena berjaga dengan orang industri ni, kadang2 cakap lebih dari hasilnya.aku pun berkawan dengan orang industri tapi takdelah cakap segah dia.menawarkan pekerjaan yang kononnya sessi praktikal bersama production movie tu.kerja hampir 3 bulan, dan gaji 3000 sebagai assistant kepada second camera.maksudnya, production ni nak cut cost guna orang baru yang takde pengalaman.ini lebih membuktikan yang production ini memang hampeh(tak sabar rasanya aku nak tgk product dorang)kerana JANJI aku kepada bro f, dan menilai segala pro-con aku akhirnya menolak penawaran kerja ini. bermula hari isnin, aku bersemangat nak kerja freelance dengan bro f, namun ia seperti mencipta kegagalan buat aku.bila aku duduk dan berbincang, rupanya bro f tak confirm pun kontrak dia bersama station tv ni.aku akur dengan kenyataan ini.mungkin ada hikmahnya, dan ini adalah terbaik untuk diriku. aku perlu pergi ke peperiksaan penting itu. moga berkat doa ibu dan ayah, aku dapat sampaikan hajat mereka.amin..=)

kehidupan yang berpegang pada janji kadang2 membuatkan kita berharap.namun bagi diri aku, janji itu adalah satu ketetapan hanya untuk 'satu masa' itu, dan sejauh mana aku mampu hidup memikulnya itu terpulang pada diriku.promises made to be broken right?

2 comments:

  1. aku pn dpt offer yg assist cam tu babe.
    awal2 aku tolak. hoho.

    weh, all d best k ;)

    ReplyDelete
  2. thx babe!aku mmg xkan buat job mengarut niee!

    nway,all da best to u!!=)

    ReplyDelete