Saturday, August 6, 2011

anggap sahaja aku bodoh sombong

aku nak semua orang hormati aku, dan turuti kehendak aku,walaupun kau bersusah.
selfishnya.
ya,aku selfish.kenapa?
sebab aku selalu tgk orang selfish berjaya.
berjaya di mata aku, tak kisah kalau dia punya seribu musuh, asalkan dia berjaya.

dulu masa sekolah cikgu mesti tanya kau nak jadi apa?
dulu kau kecik,tak matang,gairah.
kau pun kata la nak jadi polis,tentera dan bomba.
tapi aku kata aku nak jadi orang berjaya.
ye..kononnya jawapan aku paling style.paling inovatif dan kreatif.
lebih tepat, lain dari yang lain.
dan akhirnya, memang aku berjaya.
berjaya duduk rumah goyang kaki tanpa pekerjaan yang kukuh.
berjaya la tuh!nak sangat berjaya kan?

kalau dulu aku kata aku nak jadi lawyer pun bagus.
sebab aku suka gaduh dengan orang.
pegi sekolah undang2 dan tambah ilmu macam mana nak gaduh dengan lebih bergaya.
nasi dah jadi bubur.
tapi bubur sedap.
aku suka.

aku marah semua orang yang tak faham situasi aku.
bukan aku yang nak semua ni.
jangan ajar aku.dan jangan cuba bagitahu aku yang salah.
ingat aku ni bodoh sangat.

maaf.aku bukan bodoh, aku bodoh sombong.

Tuesday, June 7, 2011

see!

pernah tak kita dalam situasi, terjadi sesuatu seperti menghalang kita sebelum sempat kita berbuat sesuatu perkara yang boleh diklasifikasi sebagai perbuatan jahat, yang diluar tabii.hehe!

oh.contohnya, kita nak pergi clubbing, tiba-tiba tayar pancit.
atau, kita nak hisap rokok, tapi dua kedai yang dituju tutup haritu.
dan macam2 lagi bentuk.

dan aku akui. pernah aku di dalam situasi berkeinginan membuat sesuatu yang ala2 jahat, namun kemudian sesuatu terjadi. aku dengan penuh rasa positif menyangkakan itu adalah seperti halangan yang perlu kita tempuh untuk memperoleh kejayaan.betullah tu, berusaha mencapai kejayaan, tiada apa yang mampu menghalang.terms tu lebih sesuai untuk benda2 yang lebih bermakna, macam belajar ke, atau bekerja ke, atau berniaga.

ini nak pergi buat perkara bukan2, atau tidak mendatangkan faedah.sah2 takde kejayaan, kepuasan dunia yang sementara.memangla, yang jahat, yang pointless, semua lazat, sedap..seronok.eh..tahu2 je aku nie kan?haha!=p
ok,dah2..jgn tanya apa2 tentang hal nie.

aku teruskan dengan point sebenar entri aku ini.
ok.

dipendekkan cerita yang pendek ini.aku sentiasa melepasi halangan itu.sentiasa namun bukan kejayaan yang di capai, tetapi kejadian yang lebih teruk yang kemudiannya menimbulkan rasa kekesalan dan berperasaan bersalah. betul.

contohnya, kes nak pegi clubbing.tetiba tayar pancit.
so dengan susah payahlah si minah ni betulkan tayar,sbb dh janji dgn kwn2 nk gi amik, xpon panggil mekanik.kemudian, desak2 pulak mekanik ni cepat sbb xnak terlambat.nak pegi pulak club nu jauh kat kl.umah kat dengkil..jadi mekanik ni buatla aka kadar, dhla bengang malam2 kena panggil, baru nak dating dengan gf, dh kena panggil duty malam.selesai, si minah ni dengan lajunya drive nak kejarkan clubbing, dipecut pulak 160km/j..dia accident??ala..janganlah cliche sangat mcm drama melayu.dia sempat sampai umah kawan dia dan sempat sampai ke club.seronok2 punya seronok masa keluar dari club.tetiba tayar kete hilang.haha!so, cmne nak balik?


pastu dia pun kata macam ni.
oh patutlah tadi tayar pancit.patutnya aku cancel je tadi nak g clubbing.

see!
haha!

p/s cerita di atas tiada kena mengena dengan siapa2.aku baru je reka tadi.=p

Thursday, April 21, 2011

setahun jagung masak


dalam masa setahun aku sudah punya banyak cerita, tak sangka aku akan sekekal dan setabah ini dalam perhubungan.ini menunjukkan satu perkembangan positif dan aku akan kekalkan kepositifan ini kerana aku tahu ia baik untuk aku.

not much to say, but i really appreciate the time and the love he gave me, I do believe that he can take care of me and love as person I am now and future, like forever, much better.
I heard once he said that he doesn't like fight with me, but sorry dear, it seems like I really love to fight with you. =p

enough said, sometimes people are asking too much about our next plan. Seriously, now, i just go with it. Just go with the flow. I believe that things will be on the track. Ya, of course, couples @ we planning what to do, but somehow, things went bad.we didn't said that is not our fault, but if you see we suck planning our lives, we fell suck 10 times more than you.so just pray for us. the good one.thank you.

I might busy this couple of weeks,and maybe me and him not be able to met each other.long distance relationship. sometimes ok.sometimes not, and yes it depends on the mood.my MOOD.=p

i don't really have idea what to say.
Because the love is for me to feel.Not to say.Not to write and not to think.

and Yes. I FEEL IT.



mood = mabuk penat







Sunday, April 17, 2011

pimpin tanganku

ambil tanganku dan pimpin aku.bawa aku berjalan ke tempat lebih terang.bawa aku lihat perkara yang lebih cantik dan bawa aku dengar bunyi yang lebih indah.


tinggal lagi empat hari.aku dan Mohd Riyad genap setahun perhubungan.tak pernah ada yang bersabar selama ini.tak pernah yang seCOOL dia dan seHOT dia.time cool best lah,cuba tgk time hot.aku pon naik hot juga.haha!=p yg penting dia menjaga makan dan minumku sehinggakan aku telah menambah berat badan sebanyak 8 kilo!itu yg merisaukan aku skrg nie..gile oi!!payoh pulok nak kuruh le niee...

tapi takpe.aku dalam proses diet.diet sihat atau tidak.time kawen nnti berat aku 45kilo je..tak percaya???we will see!!=p

ucapan di hari fiza kehilangan status bujang


pada hari itu, aku sebenarnya lewat sampai ke kedah.tak sangka pula ada kemalangan.semoga roh mereka dicucuri rahmat. maaf kepada cik fiza kerana aku tidak berjaya membuat ucapan di hari persandingan mereka. tapi aku just nak share a few words yang sempat aku tulis sepanjang tersangkut selama 3 jam di highway.


bismillahirahmanirahim.
terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas kelewatan saya.untuk pengetahuan semua saya tersangkut di highway lebih kurang 3 jam.ada juga terlintas di hati, hari ini saya betul2 bekejar untuk selesaikan semua kerja sebelum ke Kedah,alhamdulillah saya sampai juga di sini bersama ehem2 saya.ini untuk hangpa berdua ya cik puan fiza dan encik timi.
Sibuk cerita pasal alasan lewat,saya lupa nak kenalkan diri.saya adlin,lebih dikenali sebagai lin.eceh..kawan baik fiza time dari diploma dulu.saya ingat ada sekali tu,dia pergi wedding abang sedara dia,balik dia cerita psl kawan abg sedara dia naik pentas dan bagi speech,dia pun kata,nanti dia kawen dia nak macam tu.so,kalau betol la dia masih ingat,jadi saya berasa besar hati dijemput untuk bagi speech ttg dia.saya risau juga sebenarnya,takut tersasul.yelah,saya nie jenis tak malu,cakap lepas.kejap lagi ada yang fiza ligan saya.
lagipun, fiza awal2 dah warning,cakap yg baik2 je.dia pun kata lepas abes majlis nak buat kira-kira.yelah,skrg ekonomi saya tak berapa nak baik,jadi duit upah untuk cakap baik2 ni, membantu la nak buat tambang balik kl nie.=p
ok.mulakan.suka hati saya je membebel lebih2 kan.orang dah lapar ni..sakit hati je tgk saya merepek kat sini.baiklah,saya akan teruskan.dulu,secara fizikal cik timi, fiza nie kurus je.sbb kami time belajar suka kongsi makan.ye,saya pun kurus dulu.betol.tak pecaya tnya fiza.fiza angguk kepala tanda betol..see....=p
tapi memandangkan kami dah keje,makan pun tak longsi,tu yg masing2 macam kena pam tu..


oklah..itu je yang aku sempat karang.in other words.aku doakan fiza happy and bahagia selalu.senyum dan bertambah gemok.sbb pasnie aku nak kurus sorang2.haha!fiza the best la time diploma,timeaku susah dulu.dia la yg rajin mengantar aku ke bas station, dialah yang rajin bawak aku jalan naik kete wira dan dia the best dulu,aku btol2 enjoy life dengan dia.semua rahsia ada dalam tangan dia,dan aku tahu yang dia mmg sayangkn friendship kami.maybe just skg,kami jauh..semua ada life sendiri.tapi.. jauh ke dekat,yg penting aku selalu doakan dia happy.and kalau dia ada masalah harap dia sentiasa hadapi dengan tenang,dan boleh je share dengan aku..cpat dpt baby so aku bley jadi auntie.auntie lin!hehe!aku tak boley cakap lebey2,jap lagi,aku nangis pula sorng2 depan laptop nie.=p

aku belajar,hati je tahu nilai friendship.mulut je cakap lebey.tpi hati,sayang.=)







Wednesday, April 13, 2011

itu aku.


cerita tentang keburukan.
aku banyak sekali keburukan diri yang tak termampu ditulis.bukan kerana terlalu banyak, tetapi terlalu malu untuk aku menzahirkannya.paling mudah, terlalu payah buat aku mengakuinya.
sudah lama aku sudah tidak menggunakan sumber tebaik aku untuk menyalurkan apa yang terbuku di hati. namun kadangkala, menyimpan lebih baik daripada berkongsi. kerana dengan apa bahasa sekalipun, orang tidak akan menerima dan memahami seperti mana aku..kita berbeza.aku berbeza.

aku percaya yang aku tidak pernah sempurna walaupun aku cuba untuk sempurna.bahkan apabila aku marah pada diri yang tak sempurna,aku cuba memanupulasi situasi, dan mengatakan situasi yang menjadikan aku tidak sempurna.tidak sekali, aku mencari punca.kerana pengakhirannya aku akan tahu yang kebenarannya aku adalah ketidaksempurnaan yang mengubah situasi.aku punca kepada segala punca.

ya,kata orang aku punya masalah bercinta.waktu bercinta,semua pekara menjadi tidak penting kepada aku..padahal, terlalu banyak perkara lebih baik daripada cinta,itu kata orang. namun pada mata aku cinta yang menjadikan aku lebih berhati-hati.lebih berfikir..lebih waras..dan kebenarannya kadangkala terlalu seronok bercinta, aku lupa tanggungjawab kepada diri aku sendiri. pada orang lain.aku mula mementingkan diri dan mula mencari alasan untuk terus malas dan tidak berusaha.

mungkin aku mengharapkan kesenangan tanpa bersyukur.
aku lupa pada Allah, yang memberikan segala kegembiraan aku hari ini.
aku sengaja melanggar aturannya, dan dalam doa aku mengatakan aku manusia yang hina.tidak sengaja dan tidak sedar.sedangkan segala perbuatan dilakukan dalam keadaan sedar.

aku mengata.aku mengkeji orang sepertinya aku akan selamat dari dikeji dan dikata.aku lupa,Allah akan menguji..aku lupa dunia ini sfera, berputar.segala kejadian itu akan pasti berulang,mungkin dulu mereka, dan waktu ini aku.

aku lupa.mungkin terlalu banyak makan semut di dalam gula.
lihat.aku cuba menyalahkan semut.
itu aku.





Saturday, June 26, 2010

belajar untuk menghormati


bagi aku sedikit payah untuk aku belajar menghormati kerana sebelum ini aku hanya buat apa yang aku suka. aku akan cakap apa saja yang terlintas tanpa fikir apa yang orang akan rasa. paling teruk aku mahu orang berfikir seperti aku..mungkin aku perlu masa.untung ada yang mengajar..bukan kurang diajar,tapi cuma TAK belajar.mungkin sekarang aku perlu keluarkan nota dan pensil untuk tulis...takut aku lupa.kan aku pelupa.