Thursday, July 27, 2017

Its a long time. Hello

Salam dan bismillah.

Hari ini aku tiba-tiba mengenang kenangan lama menulis dan mencoret segala isi hati dan cerita harian yang aku rasakan worth of sharing.  Setelah sekian lama aku, meninggalkan jiwa penulisan apabila aku sendiri tinggal di tempat penuh ilham namun terbatas perbuatan, atau aku sendiri yang memilih untuk tidak menulis lagi. Aku bukan blogger yang  menulis kerana pengalaman dan dikongsi utnuk renungan orang ramai. Aku hanya mencoret kerana aku sukakannya. Maybe aku terlalu bergantung dengan sesuatu yang aku panggil minat bukannya sesuatu yang lebih bermanfaat dan bernilai dan mendatangkan keuntungan.

Life is so cruel and become your friend. Yes aku kejam dengan diri sendiri membiarkan aku menjadi lembu dicucuk hidung. Aku dulunya bebas untuk buat apa yang aku suka, namun kematangan seperti mengajar kadangkala kau perlu makan sayur hijau pahit untuk sumber vitamin yang baik untuk badan kau sebenarnya, Tanpa kau sedar, kerana umpama itu kau perlu makan dan pada satu tahap kau akan rasa bosan dengan penipuan.

Ok perasaan berkecamuk dan too much to say in one night adalah sesuatu yang aku perlu stop sebelum it's getting worst. umpama aku mabuk juga ni. orang mabuk minum aku mabuk menulis. haha.

good night for tonight.
best day tomorrow
doa yang dimakbulkan dan segala KUASA hanya milik Allah.

chow

No comments:

Post a Comment