Saturday, August 6, 2011

anggap sahaja aku bodoh sombong

aku nak semua orang hormati aku, dan turuti kehendak aku,walaupun kau bersusah.
selfishnya.
ya,aku selfish.kenapa?
sebab aku selalu tgk orang selfish berjaya.
berjaya di mata aku, tak kisah kalau dia punya seribu musuh, asalkan dia berjaya.

dulu masa sekolah cikgu mesti tanya kau nak jadi apa?
dulu kau kecik,tak matang,gairah.
kau pun kata la nak jadi polis,tentera dan bomba.
tapi aku kata aku nak jadi orang berjaya.
ye..kononnya jawapan aku paling style.paling inovatif dan kreatif.
lebih tepat, lain dari yang lain.
dan akhirnya, memang aku berjaya.
berjaya duduk rumah goyang kaki tanpa pekerjaan yang kukuh.
berjaya la tuh!nak sangat berjaya kan?

kalau dulu aku kata aku nak jadi lawyer pun bagus.
sebab aku suka gaduh dengan orang.
pegi sekolah undang2 dan tambah ilmu macam mana nak gaduh dengan lebih bergaya.
nasi dah jadi bubur.
tapi bubur sedap.
aku suka.

aku marah semua orang yang tak faham situasi aku.
bukan aku yang nak semua ni.
jangan ajar aku.dan jangan cuba bagitahu aku yang salah.
ingat aku ni bodoh sangat.

maaf.aku bukan bodoh, aku bodoh sombong.

No comments:

Post a Comment