Wednesday, April 13, 2011

itu aku.


cerita tentang keburukan.
aku banyak sekali keburukan diri yang tak termampu ditulis.bukan kerana terlalu banyak, tetapi terlalu malu untuk aku menzahirkannya.paling mudah, terlalu payah buat aku mengakuinya.
sudah lama aku sudah tidak menggunakan sumber tebaik aku untuk menyalurkan apa yang terbuku di hati. namun kadangkala, menyimpan lebih baik daripada berkongsi. kerana dengan apa bahasa sekalipun, orang tidak akan menerima dan memahami seperti mana aku..kita berbeza.aku berbeza.

aku percaya yang aku tidak pernah sempurna walaupun aku cuba untuk sempurna.bahkan apabila aku marah pada diri yang tak sempurna,aku cuba memanupulasi situasi, dan mengatakan situasi yang menjadikan aku tidak sempurna.tidak sekali, aku mencari punca.kerana pengakhirannya aku akan tahu yang kebenarannya aku adalah ketidaksempurnaan yang mengubah situasi.aku punca kepada segala punca.

ya,kata orang aku punya masalah bercinta.waktu bercinta,semua pekara menjadi tidak penting kepada aku..padahal, terlalu banyak perkara lebih baik daripada cinta,itu kata orang. namun pada mata aku cinta yang menjadikan aku lebih berhati-hati.lebih berfikir..lebih waras..dan kebenarannya kadangkala terlalu seronok bercinta, aku lupa tanggungjawab kepada diri aku sendiri. pada orang lain.aku mula mementingkan diri dan mula mencari alasan untuk terus malas dan tidak berusaha.

mungkin aku mengharapkan kesenangan tanpa bersyukur.
aku lupa pada Allah, yang memberikan segala kegembiraan aku hari ini.
aku sengaja melanggar aturannya, dan dalam doa aku mengatakan aku manusia yang hina.tidak sengaja dan tidak sedar.sedangkan segala perbuatan dilakukan dalam keadaan sedar.

aku mengata.aku mengkeji orang sepertinya aku akan selamat dari dikeji dan dikata.aku lupa,Allah akan menguji..aku lupa dunia ini sfera, berputar.segala kejadian itu akan pasti berulang,mungkin dulu mereka, dan waktu ini aku.

aku lupa.mungkin terlalu banyak makan semut di dalam gula.
lihat.aku cuba menyalahkan semut.
itu aku.





No comments:

Post a Comment