Sunday, February 8, 2009

pertak


sudah sekian lama aku tunggu saat ni.akhirnya aku sampai tempat yang diberi nama Pertak oleh kawan2 ku. pengalaman yang menjadikan aku lebih faham tentang perjalanan hidup yang penuh cabaran.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
tanya diri kalau kau sanggup terjun ke dalam air buat kali pertama, yang arusnya deras dan dalam.pernilaian yang dibuat dalam mengkaji tahap keselamatan perbuatan itu dan hanya kau yang akan tanggung sendiri akibatnya.

percubaan pertama mungkin didorong oleh andrelin keghairahan melihat kawan2 lain terjun dan kepuasan mereka berbuat demikian.dalam tidak sedar kau sudah pun terjun dengan aksi kekok pada ketinggian yang sederhana..namun, tatkala kau hanyut di bawa arus deras membuat kau berasa takut, jiwa kau bergolak. adakah aku mampu terjun lagi.kau kembali berfikir.kau cuba yakinkan diri yang kau boleh seperti kawan2 yang lain.

dalam masa yang singkat, kau mampu mengerah seluruh tenaga bagi mencari penyelesaian terbaik untuk kau merasakan kepuasan dan tidak takut lagi. kau mengusai ilmu dengan cepat. kau menilai dan mengkaji kekurangan dan memperbaikinya setiap kali kau terjun. dan kemudian, kau kuasainya dengan aksi yang lebih baik. namun itu belum membuatkan kau berasa puas.

jadi kau tukar ketinggian sederhana itu menjadi tinggi, kau senyum puas. kau merasakan kau boleh terjun di mana saja. kau terjun dan terjun lagi. kau gembira. kawan-kawan memuji dan terus membakar semangat.pertimbangan perlu ada waktu itu..kerana sedikit kesilapan akan mengundang kepada seribu kekesalan.jangan lupa pada keselamatan yang masih lagi perlu diambil kira..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s ini pendapat aku terhadap aku yang tiada kena mengena dengan orang lain.harap maklum

aku masih menunggu gambar2 dari kawan2.nway, thanks pada semua.aku enjoy.

No comments:

Post a Comment