Thursday, July 9, 2009

episod keMALUan hari khamis

1) hari inilah hari PALING malu aku pernah lalu semenjak aku ada kereta.nak dipendekkan jalan cerita, aku hari ini ada appoinment service kereta pukul 3.30 ptg..

2)masa buat appoinment, mulut aku yang becok nie diam tak tanya apa2 langsung berkenaan service ni.ini kerana aku berpegang kepada kata2 kazen aku yang semua nie adalah free.

~~~betol kak, service yang pertama tu free..free..free..

3)wokey!dah sampai!!!dengan penuh keyakinan dan susah payah aku masuk ke perkarangan perodua nie..mana taknya bangunan besar,kawasan besar tapi jalan cukup nak lalu satu kereta je..takpe..ini masa nak tunjuk skill..haha!masa aku tengah nak cari parking yang peratus kemungkinan ada hanya 2.0, aku tetap berusaha. tiba-tiba 2,3 orang mamat perodua tahan kereta aku...nape plak nie??orang dah lambat niee~aku pun dengan muka tak puas hati turunkan tingkap.

4)ye encik,kenapa ye,saya ada appoinment pukul 3.30 petang nie?~aku buat suara dan muka ala2 ketat.berlagak.aishh..
5)ye ke cik,tapi sini one way, cik kena reverse balik dan parking dekat belah sana.
owhhhhhhhhhh!!!YE KE ONE WAY???IM SORRY!haha~=p

6)AISHHHH!!~malunya, relax adlin!aku terus mantain cool dengan hati yang berdebar2.. ada ke kau nak suruh aku reverse kat sini..tempat kecik nie..jarak kete aku dengan kete sebelah ni x sampai 2cm kot..~kamon adlin..tunjukkan kehebatan eleh korang ingat aku x bley ke..ermm..~

7)namun hakikatnya,perasaan MALU yang sudah bercampur nervous menghasilkan satu suasana yang xselesa sampaikan aku berpeluh2.walaupun kereta nie aircond level 2...

8)ditambah lagi aku kena diperhatikan oleh sekumpulan mamat2 perodua ie..panik,gugup~sume ada...rasa macam nak ambil second test dengan jpj je..seraya hati aku pun berkata..WAK..JANGAN LA TENGOK BANG..SAYA NERVOUS SANGAT NIE..MALU PUN ADA...~

10)selepas hampir 5 minit berusaha, kemudiannya...aku buat muka konon cute..hehe!=p
BANG.. tak boleh la, boley tolong tak......kkkk??~haha!kantoi wehh...aku terpaksa menggunakan kuasa wanita yang ada pada aku demi kereta tercinta. wuu...yang bestnya, tadi berlagak..skang cakap sopan je..dari encik terus jadi abang.hahaha!taktik aku menjadi,dari muka mamat tu berkerut dia terus angguk kepala dan senyum..aha..hahahahahaha!berjaya..hehe!terima kasih ye bang..jasa mu dihargai..haha!aku kuar kereta dan dia parking kete aku betol2 depan pintu masuk kawasan service.

11)selepas itu,dengan langkah yang laju,dan buka service yang dikepit di ketiak.aku terus menuju ke lobby perodua..muka ceria.jakun dan x sabar..1st time nie wehhhh....hehe!
sampai je aku terus bagi buku service kat kakak kerani tu. dia amik 2minit untuk semak appointment dan aku dirujuk kepada seorang mamat di meja kaunter.aku duduk dan dia pon tanya aku....ini kali pertama service untuk 1000 ye??

12)ye saya..~aku jawab dengan bersemangatnya..soalan lain bang??soalann lain!!??
13)owh k..ada apa2 masalah lain?~mamat ni bertanya lagi..
14)takde..~ish dia ni pon satu,aku kata aku nak service kete jelah..bukan nak baiki kete..cepatla..x sabar niee..cepat buat..hehe!cepatla awk oii..
15)owh k.semuanya 106:30~mamat tu senyum

16)nak melompat aku dari kerusi tu..kena bayar ke?~semangat aku hilang..aku buat muka blur.
17)ye cik, kita tukar minyak brek..blablabla..tukar blablabbla..semuanya 106.30 sen.~kenapa cik??~mamat ni menunjukkan keprihatinannya.

18)hehe!xde..saya ingat free...hehe!~OMG!!!bayar ke??duit dalam purse aku ade 30 ringgit je niee wehhhhh..mana aku nak korek 70 ringgit plak..aduii...cuak..tetiba mamat nie bersuara lepas tengok aku diam selam 10 saat.

19)siapa yang kata free cik??memang service tu free, tapi barang yang tukar tak free cik.~dia senyum lagi dengan unsur perli pon ada.
20)hehe!owhh k teruskan service..~aku terus nak bangun dan lari keluar utnuk mendapatkan bantuan...
21)cik.kejap cik..
22)nak apa lagi mamat nie..aDUIIII...~aku duduk balik.

23)kena sign kat sini ye..tanda cik setuju..~mamat tu tunjukkan ruangan aku perlu sign.

24)SOMEBODYYYYT!!HELP ME FOR A SAKE OF DIGNITY!!!malu dah niee....kalau aku kuar bawak kete tu nak gi amik duit,alangkah malunya aku.dahla kereta aku betol2 depan pintu masuk kawasan servis..aiyo..

haha!namun,nasib baik ade shawn.hantar ji dan kwn2 dia untuk misi menyelamatkan aku..hahaha!malu dowh..dah siap bagitau orang nak service kereta..tetiba tak jadi sebab xde duit cukup kat tangan..aiyoo malu brader..haha!thank you to shawn, ji dan kawan2nya..selamat tak malu wehh..duiii...siot punya kazen tipooo aku...=p

No comments:

Post a Comment