Tuesday, July 14, 2009

cuba bicara tentang kisah ditinggalkan..

1.aku dilahirkan dalam keluarga tentera, jadi aku selalu berpindah dari sekolah ke sekolah, daerah ke daerah.negeri ke negeri..negara je blom lagi..=p dipendekkan cerita aku selalu berpindah.owh k,aku skolah di 2 tadika, 2 skolah rendah dan 3 sekolah menengah.

2 semasa aku bersekolah, aku ramai kawan.ramai dan dari tempat yang berbeza.yelah, masa tadika aku sekolah kat pahang lepas tu pergi johor ikot arwah nenek.aku ingat la seorang dua kawan tadika..tapi nak track back dorng balik mmg takleh..yelah..dulu mana la ada handphone.harap pada alamat rumah.kalau pindah..memang putus la hubungan.

3.aku ingat satu waktu dulu,cikgu skeolah rendah aku cakap pada kawan kelas aku.jangan kawan dengan anak askar ni..nanti awk dah sayang2 dia..nanti dia tinggalkan awk..~aku agak terasa dengan cakap cikgu,tapi ada benarnya...memang la sedih nak tinggalkan kwn, tapi x sedey sgt la sebab aku pergi tempat lain dan jumpa kwn lain,sedangkan kwn baik aku tu msih di situ dan bersama kenangan kami.

4.sehingga waktu universiti pon sama.aku tukar bidang dari banking ke mass comm.so,aku tinggalkan kwn2 di segamat.

5.namun,selama 5 tahun,aku masih setia dengan mass comm.setia dengan kawan2..mungkin diploma dan ijazah, kawan2 x sama..tapi aku masih boleh keep in touch dengan mereka memandangkan kami satu fakulti.

6.kini aku bekerja.setia dengan tempat kerja ni,dan kini.aku ditinggalkan kawan2..mula zaid dan wan tukar kerja.kemudian shahril pun berhenti kerja dan pindah ke sarawak.secara jujur,kejadian2 ini memberi kesan pada aku.sebab mereka la kwn baik..kwn susah senang.tapi bila kerja dah makin banyak,aku mula jarang berjumpa dengan sara,wan, zaid,even kwn2 lain.insiden berselisih faham membuatkan hampir sebulan tak berjumpa dengn kwn2..

7.bila dengar berita kemalangan arwah apit,aku mula terdetik hati.sedih.rindu..aku tekad untuk laungkan masa untuk kwn2..aku taknak sia2kan masa yang ada.spend a quality time together.

8.aku tahu,dengan si Sephh, aku akan dapat luangkan masa banyak dengan kawan2..senag bila dah ada kereta.seronok bila pergi karaoke dengan wan dan zaid..lepas tu lepak dengan dy dan kamal.penat pon tak rasa.seronok je dalm hati aku.aku akan spend masa lagi untuk dorang and sara.

9.aku dengar sara nak pergi Uk september ni, resah gelisah aku.sebabnya,selain kwn skool,sara is the best gurl i have..she's the best.she's the one that really understand me..nak bergaduh pon sekali,tapi bukan sebab back stabbing atau apa2..cuma pasl laki dan perangai degil aku..

10.sedih lagi...ditambah berita tiba2 wan dah nak ke sarawak.dia dpaat kpli,jdi cikgu.kursus di kota samarahan..baru ada kesenangan nak jumpa dia,sekarang dia plak ke sarawak.tinggalkan aku..tinggalkan kwn2 yang lain..

11.sakit rupanya kena tinggal kan?sebelum nie..aku tinggal kwn2..dan kata..jangan sedih..kalau ada jodoh kita jumpa~ sekarang ni,aku akan dengar ayat ni..mula2 dari wan..lepas nie dari sara plak..sayu..bila dorng lambai tangan,lepas ni..tak tahu bila lagi kan jumpa..=(

aku doakan korang berjaya..berjaya dalam hidup..akan peroleh apa yang korang hajatkan..bahagia..selamat..dan sentiasa ingat aku walaupun aku degil dan suka gelak besar..hehe!=(


No comments:

Post a Comment