Tuesday, July 7, 2009

aktiviti satu hari SELASA

1) pagi pukul 8.30pagi aku bersiap nak ke ofis dari Puchong, nasib baik kakde tolong kejut..kalau tak mahu aku layan mimpi indah sampai tengahari, maka lambatla aku ke ofis..

2) sebelum ke ofis, aku kena hantar adik ke kantin Makngah, sebab tetiba pekerja makngah tak datang..ok aku hantar, tunggu adik yang lambat bersiap dengan hati yang sabar..pagi kot, mood kena mantain..

3)selepas aku hantar adik aku pon smpai ofis dan dapat tempat parkin betul2 kat depan pintu ofis.pagi yang baik...dan dengan bangganya aku bayar tiket parking sampai kul 12lebey..kononnya kul 12 nanti nak balik umah jap sebab dah janji dengan orang nak masak.

4) namun, sungguh malang nasib bila masa aku turun tepat pukul 1.25ptg, aku dah kena saman..kedekut 80 posen, kesudahannya kena denda 20 ringgit..tak berbaloi sungguh..

5)aku balik ofis dapat mesej dari Sue..dia kata tak sihat dan nak check darah di SMC..bila dah dalam kereta, dah bersama hampir 15 minit..dia kata dia ada simptom H1N1..mak oii..berderau gak darah aku dalam senyum2 dengar konon tu cerita lawak..tak kena lawak la..betol2 kena wabak babi nie..dengan aku sekali kena kuarantin..aishh~

6) baiklah,ingatkan nak pergi SMC,Selangor Medical Center ni dekat je..rupanya seksyen 20..kalau jauh boleh dipertimbangkan lagi,tak tahu jalan pula dua-dua.adui..aku call bos yang tahu jalan..so dalam mencari jalan tu, aku cuba nak potong sebuah lori yang besar, cukup nak buat kereta kecik aku tu terbelah lapan..sudahnya, aku kena hon paling kuat semenjak aku naik kete nie..aishh~hello pakcik..saya bagi signal..tau tak signal tu kegunaannya untuk cakap macam niee..'pakcik,tumpang lalu saya nak potong pakcik, bagila saya potong'

7)lepas kena hon ingat nak pecut, tapi pakcik nie memang otai..dia pecut aku dari tepi sambil mulut bebel2 dan tunjuk tangan..adui..marah betol..haha!aku buat tak nampak je pakcik tu..sampai satu simpang pakcik nampak aku nak belok,dia hon aku lagi..siot!kuat wehh..malu..tapi sebab aku pon nak tunjuk tak puas hati..aku hon dia balik..bunyi kentot bunyi kentotla..aku x kira!

8)sampai je SMC selepas sesat 5 minit, aku pun masuk temankan si Sue di emergency room. doktor tanya dia ada pergi luar negara atau ada saudara yang baru balik overseas..dia kata takde..so, kakak tu muka rilex la..kalau tak dah tentu dia pakai penutup mulut tu..fuh~lega aku..H1N1!gile..

9)sambil menunggu si Sue, tetiba ada 2 orang mamat Sing tengah kelam kabut.mula2 rimas gak aku.. dorang asik keje lalu lalang depan muka aku nie,..tapi lepas je nampak seorang ni nangis aku dah mula syak sesuatu..

10)lama gak aku cari peluang nak tanya,akhirnya mulut becok aku pon tanya mamat yang tak nangis nie...R U OK??

11)Respon.OK.~mamat tu angguk kepala
12)So, wut happen??~muka lebih menyibuk
13)Father.sudd got heart attack.
14)So,he's in emergency room??~apakah soalan ini??aku sumpah dah tak tahu nak tanya apa.tapi aku xleh berenti tanya..
15)YES..~muka sayu,mata berkaca

16)aku pun angguk kepala, tanda sedih dan tak tahu nak tanya apa..kalau aku tanya lagi,mungkin lepas nie aku yang masuk emergency room.
17)aku ambil keputusan untuk diam dan terus menunggu Sue.
18)Sue keluar, dan tak beberapa minit, doktor macam kelam kabut tanya, ayah siapa tadi??
19)Mamat tu pun bangun dan panggil abang dia..
20)Doktor suruh dorang masuk dan kami dengar ayat nie..
21)KAMI DAH CUBA...

22)omg!!!rasa nak tercabut jantung aku..mana aku pernah dengar ayat cmnie weh..dalam tv ade la..drama melayu..wuu..ayah dia dah xde ke??~curiousity level aku meningkat
23)Sue kena panggil dengan nurse.dia bangun, aku pun bangun.
24)sekali lagi mulut becok aku bersuara.
25)Nurse macam mana ayah dia,ok ke?
26)Nurse nie geleng kepala.dia kata.
27)SAYA TAK TAHU, SAYA TAKDE DALAM BILIK TU TADI..
28)kecewa aku.
29)keluar lagi sorang nurse dari bilik tu..
30)x faham2 ke.hati aku tak puas hati lagi nie?
31)Nurse macam mana ayah dia,ok ke?
32)Tak..ayah dia dah meninggal..memang masa dia datang..nadi dah xde..
33)Muka aku pucat kejap.meninggal.ayah dia??kesian dorang..tetiba sedih,terkejut sume ada..

tak habis lagi satu hari cite tu..tp aku dah xlarat nak cite..banyak sangat..nanti kalau aku dah tulis buku, aku cite sume..hehe!nway,harinie penat,esok mungkin lagi penat..kot?hehe!=p

selamat tinggal selasa.bye!

No comments:

Post a Comment