Friday, October 2, 2009

kisah hidup

terus terang aku katakan..tatkala aku menaip mesej ini..tanganku menggigil...aku tidak pasti puncanya..namun aku tahu..aku sudah bersedia..aku terima perubahan baik ini..kerana aku tidak mahu kehilangan kasih sayang Allah..cinta daripada Allah..

aku dapat rasakan..segala petunjuk yang diberikan sudah jelas kelihatan di mata dan hati. jika aku menafikan segalanya..lambut laun, ia akan ditutupi bayang hitam yang menggelapkan seluruh pandangan juga hati..waktu itu,mungkin aku sudah tidak mampu membezakan antara perkara baik dan buruk.

cabaran wujud dari segala bentuk.bukan beban, namun tanggungjawab tersedia tatkala aku menerima perubahan baik ini.aku akui, sudah banyak kali aku bermonolog..berfikir dan mengkaji...namun aku nekad.segala kekuatan aku satukan dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada keluarga dan teman memimpin aku..

aku kini bersedia..aku terima perubahan ini.semoga ALLAH memberikan hidayah dan membantuku..aku sayangkan Kau Ya ALLAH..

No comments:

Post a Comment