Friday, October 30, 2009

jumaat ke-empat

hari ini adalah hari jumaat ke empat aku berhijrah daripada gadis gila memakai seluar pendek, dengan gaya rambut mengikut fesyen..kadang2 seperti mangsa fesyen..gadis nakal yang kadangkala tidak pernah memikirkan akibat sesuatu perbuatan dan perkataannya..gadis bebas berlari, merangkak, berjalan dan memanjat segala yang difikirkan boleh..hidup dengan istilah aku boleh buat semua..tiada had..tiada siapa mampu menghalang..

selama ini aku berjalan dalam gelap..bau2 gelap ini mengkhayalkan..menghiburkan jiwa..namun tatkala aku nampak cahaya di hujung jalan sana..aku tahu arah aku sekarang..mana harus aku tuju..namun sekali sekala aku terjatuh dan terpijak lopak air..kerana..jalan masih gelap..aku tidak mahu berlari..aku takut jatuh dan tak mampu bangun lagi..aku rela merangkak...waktu itu, aku tunduk,melutut dan mengangkat tangan berdoa..agar Allah berikan aku sedikit cahaya..

walau dalam kegelapan..bayang gadis itu masih bayangku..aku perlu buang ia...tak mungkin senang kerana ia bayang aku selama ini..tak mungkin susah kerana aku sudah tekad..yang penting usaha..

masa menjadi ukuran..peluang menjadi token.ketaatan menjadi kewajiban. doa menjadi cahaya buat aku.

No comments:

Post a Comment