1)aku dilahirkan di Segamat yang merupakan kampung halaman ibu, dan ayah pula orang Kluang. maksudnya kat sini, aku memang anak jati Johor.asli.=p malah aku pernah bersekolah rendah dan menengah di Kluang.kiranya jalan2 Kluang nie dalam tangan la..haha!poyo~=p
2)dipendekkan cerita aku yang memang panjang sebenarnya dna tak dapat diceritakan .kali ini,misi untuk penggambaran aku adalah di Johor dan selepas meneliti senarai sekolah, aku agak terkejut sebabnya Kluang ada sekolah orang Asli.
3)selama 5,6 tahun persekolahan di Kluang, tak pernah pula aku jumpa mereka ni kat Bandar Kluang tu..dan buat pengetahuan korang, sekolah ini tidak mempunyai sebarang talian telefon dan faks.jadi segala panggilan dibuat kepada cikgu, dan guru besar.faks pun kat rumah kerani..horror juga kan??=p
4)hari ahad aku bergerak dari kl dan hari Isnin,pagi2 aku dah kena sampai sekolah tu..ok~aku dalam perjalanan memandu kereta viva aku yang hampir genap sebulan..aku mengikuti kereta cikgu saidon,iaiu sebuah Kembara.erm...~lain macam je kete cikgu, tayar merah2..jadi, aku mula terbayang2 keadaan sekolah orang Asli tu.sesungguhnya pemikiran itu begitu ortodoks dan tipikal.
5)selepas aku melihat jalan tar di pintu masuk besar kawasan estet kelapa sawit,
aku mula berfikiran positif.mungkin abang kamera nie pun lega..sebab x payah la dia panjat2 bukit shoot budak sekolah pegi sekolah ikut jalan hutan,seraya aku pun berkata~ala bang, ingat dorang nie ktinggalan ke,tak main la hutan..sekarang tar okay..abg kamera pun senyum..dan hati aku berbunga gembira..tak dapat bayangkan kereta aku yang kecik nie kena transform jadi 4 wheel drive..haha!=p
6)baiklah..8.00 pagi..kami teruskan perjalanan, ikut signborad, 9 km ke SK PENGKALAN TEREH.aku menari nafas lega..jalan tar, 9km..apa ada hal..bawa 90kmj,10 minit pun dh sampai..hehe!=p
7)namun sangkaan aku meleset, aku terpaksa bawa 30 hingga 40kmj disebabkan jalan merah yang berbatu-batu..
8)mak oii..sedih rasanya bila tengok si kecik nie kena lanyak atas jalan merah.jadi aku bawa dengan berhati-hati sampai turun 25kmj..kalau cikgu saidon towing kereta nie aku rasa lagi laju.hahaha!=p
9)parah weh..mengucap panjang.dalam hati sempat aku cakap~kalau la tayar aku bocor, memang aku claim en haris kaw2..=p tambah horror, bila cikgu saidon tiba2 belok ke kanan dengan laju.rupanya nak mengelak ular..aku nampak ular warna hitam tu menjalar naik ke atas pokok.wuu..nasib naik kete..kalau naik motor mau aku bawak cenderahati daripada tempat nie..=p dan kemudian,otak aku makin kalut..bayangan sekolah ni di minda aku..makin lama..makin terok..
10)namun,selepas 45 MINIT menyusuri tanah merah ladang kelapa sawit, aku lega bila nampak jalan tar di pintu masuk sekolah.walaupun hati diruntun sedih tengok tayar kete aku dah jadi merah, aku gagahinyaa..~wuu,kete baru tu....=p
11)dan sebenarnya aku sampai ke sekolah tu disambut dengan pandangan warga sekolah yang ala2 marah campur seronok campur nak sound kami kerana kami sampai lambat gile..turun kereta,aku buat muka hairan, takkan la ni je murid sekolah ni.kira2..tak sampai 100 orang kot..
11)tp disebabkan kami lambat.aku jalan sambil senyum2 dan muka mesra lalu bertanya dengan nada sopan..~ini je ke muridnya cikgu??
12)dalam hati guru besar, dah le ko ni sampai 8.45pagi, kami peluh tunggu ko.ko bley tanya soalan nie plak,mau mati ka??~haha!rekaan semata2..guru besar senyum sabil menghulur salam..aku sambut..~ha'ah satu kampung je nie..tu yang sikit je..cikgu pun ade 17 orang je..
13)woahh ye ke...aku senyum2 lagi ..amik hati guru besar..hehe!tidak dinafikan, keterujaan aku melonjak-lonjak nak tahu tentang sekolah nie..~banyak lagi yang menarik..=p
No comments:
Post a Comment